Polis Pulau Pinang menahan enam anggota polis berhubung insiden seorang tahanan lelaki yang meloloskan diri daripada lokap berpusat Balai Polis Bayan Baru Tengah malam Isnin.<br /><br />Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd. Zain berkata, enam anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal itu kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.